Sempena tahun baru 2013 memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12:16 pagi, saya pasti ramai yang di luar sana masih bergembira menyambut tahun baru yang meriah. Ada juga yang berehat sahaja di rumah, seperti saya, ehem, dan mungkin ada yang sudah tidur lena dibuai mimpi-mimpi indah.
Pasti pelbagai azam baru bermain di minda dan jiwa masing-masing.
Penuh bersemangat untuk menanti kedatangan 2013 bersama perancangan
hidup masing-masing yang menarik dan hebat belaka.
Saya juga tidak terkecuali.
Sudah beberapa tahun saya tidak mempunyai azam secara rasmi.
Maksud saya, tidak menulisnya di atas kertas berwarna-warni atau
melakarnya di dalam diari peribadi dengan berjela-jela.
Sampai sahaja tengah bulan Januari, azam bagaikan dilupakan.
Tak apa itu dulu.
Kali ini saya bercita-cita untuk membuat perubahan dalam diri saya
dan juga In Shaa Allah, dapat memberi perubahan dan kebahagiaan kepada para pembaca
yang mungkin ada yang pernah mengalami masalah seperti saya.
Jujur saya katakan, blog ini diwujudkan atas dasar dan niat saya untuk berkongsi dan membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah keyakinan diri disebabkan oleh faktor fizikal dan luaran, terutamanya.
Pasti ada yang tertanya-tanya mengapakah blog ini dinamakan
Cinderella Collagen.
Dan kenapa headline saya dah serupa forum kolagen untuk kesihatan?
Bukanlah bermaksud kolagen itu mampu memberi kebahagiaan hidup.
Untuk menggapai kebahagiaan dan ketenangan hidup, kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mengamalkan segala kewajipan kita sebagai mukmin dan mukminat. Semuanya mesti bermula dari niat yang betul, cara yang betul dan hati yang bersih.
Saya yakin setiap orang pasti kenal siapa Cinderella?
Cerita dongeng orang putih sejak kecil lagi.
Dan cerita ini juga menjadi kegemaran saya selain Beauty and The Beast.
Ceritanya bermula dengan seorang gadis yang comot dan disuruh menjadi hamba keluarga tirinya, namun dia mempunyai sifat peribadi yang terbaik antara kakak-kakak tirinya. Kerana sikapnya yang baik hati, rajin dan jujur, pari-pari yang sentiasa memerhatinya memberi keistimewaan kepadanya untuk menari bersama putera raja dengan menukarnya menjadi gadis cantik lagi jelita dengan pakaian yang cantik.
Impian tegar saya pada tahun ini:
-Bermula business part time makanan yang diidamkan-
-Menjadi lebih sihat dan cantik-
-Hijrah hati, teguhkan iman dan seimbangkan akhirat dan dunia-
Anda pula bagaimana?
Saya yakin memang impian setiap gadis untuk menjadi cantik luar dan dalam. Meraih kebahagiaan dalam kehidupan dan berjaya dalam kerjaya dengan cemerlang.
Nantikan tips mudah dan murah untuk kekal sihat dan cantik!