Tiap-tiap orang ada masalah dalaman dan luaran yang mungkin membuatkan diri terasa kurang keyakinan dan rendah diri tidak bertempat. Tidak berani untuk keluar berjumpa orang, atau pun di dalam kelas dia yang paling diam tidak mahu bergaul dengan orang. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Ada juga orang yang tidak yakin untuk memberikan pendapat atau membuat keputusan sendiri walaupun hatinya tahu apa yang perlu dilakukan.
Semua ini berlaku kerana tidak yakin dengan diri sendiri.
Sebenarnya, faktor utama yang menyumbang kepada ketidakyakinan dalam diri ini ialah masalah fizikal dan luaran yang kurang sempurna. Kebiasaan, rata-rata orang yang mengalami masalah luaran atau kekurangan dari segi fizikal akan mempunyai rasa rendah diri jauh di lubuk hatinya. Masalah dalaman juga mempengaruhi walaupun tidak sehebat pengaruh faktor fizikal. Ehem, contoh di sini mungkin muka yang bermasalah, bentuk badan yang terlebih gempal, kulit tidak cantik dan macam-macam lagi.
Setuju?
Iya, walaupun tidak semua dan ada juga yang tidak kisah dengan penampilan dan sentiasa yakin dengan kemampuan diri sendiri, Alhamdulillah. Asalkan suci dan hati bersih. =)
Sebagai contoh mudah, saya sendiri. Sejak dulu saya mengalami masalah jerawat yang teruk, bermula dari sekolah menengah yang menyebabkan saya menjadi pendiam, rendah diri dan kurang bergaul dengan orang ramai. Masa tu memang segan dan ikutkan hati tak nak ke sekolah pun! Terasa semua orang tengok kita je.
Tetapi, titik tolak perubahan keyakinan dalam diri saya bermula apabila saya berpindah ke sekolah berasrama penuh dengan dikelilingi kawan-kawan yang amat positif dan saling memberi semangat, dan berkawan tanpa mengira rupa dan status. Alhamdulillah. Dari situ saya mula mendidik hati dan pemikiran saya, sampai bila saya nak jadi macam ni, tidak berani menggapai impian dan keinginan saya disebabkan segan muka berjerawat!? Saya perlu ke depan dan menonjolkan diri dan bakat yang saya ada.
Tentang malu dan segan tak bertempat sebab tak cantik, saya tanamkan jauh di sudut hati. Kalau boleh buang terus aje dari diri hehe. Dalam masa yang sama saya ambil ubat doktor dan buat rawatan muka juga. Tapi, kulit saya memang sensitif, silap guna produk atau salah makan sikit je cik jerawat datang kembali. Berhenti makan ubat doktor, datang kembali. Memang banyak bersabar. Pastikan anda tidak kenal erti jemu untuk mencari ikhtiar mengubati kelemahan dan kekurangan kita.
Bermula tahun lepas, awal December 2012 saya menggunakan produk Eucerin khas untuk kulit sensitif. Ini kali terakhir dan takkan tukar lagi! Kemudian, saya mengambil supplement hydrolyzed fish collagen yang diperkenalkan seorang kawan untuk merawat parut jerawat saya yang ketara. Dari dulu memang nak cuba minum kolagen tu, tapi takut sangat ada kesan tak baik sebab kulit saya sensitif.
Alhamdulillah! Selepas sebulan mengambil kolagen ikan ini, parut saya mula berkurangan. Saya mungkin tak perasan, tapi kakak dan mak saya yang paling perasan. Kakak saya tegur, parut sudah kurang. Dan pada 31hb December, seorang kawan saya tegur,
"Eh, you nampak berseri! Betullah, memang muka you berseri-seri."
Saya terkedu. Dalam masa sama saya gembira sangat!
Setiap hari saya akan mengambil kolagen yang dicampur dengan jus delima atau pun teh O ais limau yang sejuk untuk dinikmati. Haa secara tidak langsung dapatlah vitamin C sekali betul tak? Maksimum 10 gm sehari dan minimum 5 gram sehari. Biasanya pagi dan petang saya ambil.
5 gram lebih kurang satu sudu besar penuh
Jus delima yang penuh antioksidan dan khasiat!
Sedia untuk dinikmati!
Err, soalan! Kalau saya terlebih ambil kolagen dari kuantiti yang disarankan?
Tiada kesan apa-apa, extra kolagen akan dinyahkan dari badan anda. Agak rugilah duit nanti.=)
Kolagen anda boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan bebas dari lembapan. Kolagen ini berwarna putih tanpa sebarang bau.
Yang penting tak de effect apa-apa dengan saya yang mempunyai kulit sensitif! Sebab ianya diperbuat daripada 100% ikan. =)
Saya sangat memahami perasaan orang yang macam saya, sakit kulit yang dah cuba bermacam-macam produk tapi satu pun tak de kesan. Kalau muka licin pun, bila kita stop guna produk tu dia naik balik! Kecewa kan macam ni?
Saya mengalami masalah ini sudah 10 tahun. Insya Allah saya takkan putus asa berikhtiar. Paling penting kita bersyukur sebab sekadar jerawat bukan penyakit serius! Allah nak uji kesabaran dan adakah kita bersyukur dengan nikmat dan rahmatnya yang melimpah ruah ini?
Dah jumpa 'ubat' yang sesuai, kita akan istiqomah dan berdisplin.
Paling penting jaga juga pemakanan! Tak pe ni saya kongsi di post lain ya.
Memang setiap orang, lain produk, lainlah kesannya tapi kolagen ikan ni insya Allah tiada side effect.
PS: Akan saya upload gambar sebelum dan selepas, kena edit dulu tutup muka! Segan! =)