Sunday, 6 January 2013
Cara Makan Kolagen
Pasti ada yang tertanya-tanya macam mana nak makan kolagen ni kan?
Boleh baca seterusnya! =D
Cara Pertama
a) Ambil sesudu penuh Sudu Besar, dan suapkan sahaja ke mulut.
b) Ambil segelas air dan minum.
c) Amalkan pagi dan petang setiap hari, setengah jam sebelum makan adalah terbaik!
Cara Kedua
a) Ambil sesudu penuh Sudu Besar (5gm) dan campur dengan air sejuk/air biasa. Jangan guna air panas, nanti segala khasiat protein kolagen ni akan hilang. Kacau sehingga sebati.
b) Boleh gunakan jus oren, teh O' limau, jus delima untuk mendapatkan Vitamin C tambahan bersama kolagen.
c) Amalkan pagi dan petang, setiap hari.
d) Untuk yang sibuk, boleh terus masukkan dua sudu (10 gm) sehari sekali.
Saya amalkan pengambilan CARA KEDUA bersama teh O limau atau jus delima, bersama Vitamin B Complex. Haaa, ada synergistic effect dia ambil dengan Vitamin B ni. Bagus! Nanti saya terangkan untuk kebaikan bersama, Insya Allah.
Tips Wajib:
- Baca Bismillah, Selawat dan doa, niat dalam hati untuk mendapat penyembuhan dari Allah. Kita ikhtiar cari ubat untuk penyakit kita.
- Tiap hari bangun pagi, Subuh awal waktu, kemudian zikir dan baca al-Quran (surah al-Waqiah bagus pembuka rezeki) dan terus mandi.
- Jaga pemakanan, hindari makanan allergik badan, contohnya seafood, kekacang, kicap, makanan berminyak.
- Tiap kali minum kolagen, lebihkan minum air kosong untuk setiap hari, sekurang-kurangnya satu hingga dua liter sehari.
-Sentiasa bertenang dan berlapang dada, redha dengan ujian Allah serta berfikiran positif.
-Teruskan berusaha dan berdisplin! =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment